Penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadith) adalah bertujuan untuk menyediakan pandu arah dalam us...
Penubuhan
Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadith)
adalah bertujuan untuk menyediakan pandu arah dalam usaha untuk
mengekang sebaran hadis palsu dalam masyarakat, khususnya melalui
penerbitan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
berkata jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh ahli akademik dengan
kepakaran khusus ilmu hadis bakal menjadi pusat rujukan dalam menentukan
taraf dan kesahihan hadis, memartabatkanya sebagai sumber kedua selepas
Al-Quran.
“Kemunculan hadis palsu jika tidak dibendung akan memberi kesan yang besar kepada agama Islam dalam negara ini.
Merujuk
kepada perpecahan yang berlaku di beberapa negara Islam, Zahid
menegaskan kepentingan untuk memerangi sebaran hadis palsu. Beliau turut
berkata penyebaran hadis palsu telah mendatangkan impak yang buruk
termasuk menghalalkan pembunuhan sesama umat Islam.
“Keadaan
ini, jika berlaku membawa kesan yang buruk sehingga membawa
penyelewengan kepada hadis mengikut kepentingan sendiri sehingga
mendorong mereka untuk terlibat dalam kegiatan militant Daesh.”
COMMENTS